Ramai yang tidak percaya Nabi Muhammad s.a.w. telah pergi ke Baitul Maqdis kerana tempoh perjalanan biasa dari Mekah ialah satu bulan perjalanan pergi dan satu bulan perjalanan pulang. Ada yang murtad dari agama Islam dan ada yang masih tetap teguh bersama baginda. Abu Bakar adalah individu yang paling mempercayai Rasulullah s.a.w. dan membenarkan kata-lata baginda sehingga beliau digelar sebagai as-siddiq.