Umar Bin Khattab Masuk Islam, pada awalnya, Saidina Umar al-Khattab yang ketika itu masih belum memeluk Islam sedang mencari Rasulullah dengan niat untuk membunuh baginda. Namun, ketika sedang mencari baginda, beliau ditanya kenapa beliau ingin membunuh baginda sedangkan adik beliau sendiri juga telah memeluk Islam. Lalu beliau menuju ke rumah adik beliau dalam keadaan marah.